ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 94. Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazr


Jika pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna atau natijah surat cara atau perisytiharan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Jawatankuasa Fatwa itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.