ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 55. Penubuhan Mahkamah Syariah


(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Sembilan di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

(2) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Sembilan.

(3) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Sembilan.

(4) Yang di-Pertuan Besar, atas syor Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.