ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya


(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana surat cara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid di dalam Negeri Sembilan.

(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizabkan bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakkan, atau pemindahan hakmilik, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.