ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 95. Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah


Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 Disember tiap-tiap tahun Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta suatu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazr dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.