ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 79. Pegawai Penguat Kuasa Agama


Majlis, atas syor Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan bersama, seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama, untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan boleh melantik orang untuk membantu mereka berkenaan perkara yang sama.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.