BAHAGIAN IV - KESALAHAN Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri
(2) Seseorang perempuan yang melahirkan seorang bayi yang penuh sifat dalam masa enam bulan selepas dia berkahwin hendaklah disifatkan sebagai melahirkan anak di luar nikah: Dengan syarat bahawa beban membuktikan seorang perempuan itu telah melakukan persetubuhan cara syubhat atau telah berkahwin atau anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak adalah terletak di atas perempuan itu.