ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 113. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam


(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya, diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Sembilan dan bagi maksud melaksanakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Sembilan, diperlakukan sebagai seorang Islam.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.