ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN II - PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR
Seksyen 3. Perlantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar
Majlis boleh, dengan kelulusan Raja, melantik—
(a)
Ketua Unit Kawalan Sekolah Islam Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Pendaftar Sekolah Islam;
(b)
Pegawai Agama Islam Daerah di setiap daerah dalam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Timbalan Pendaftar Sekolah Islam; dan
(c)
Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang akan bertindak sebagai Timbalan Pendaftar Sekolah Islam.
[
Gan. En. 2/02
]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.