ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG BERKEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 47. Jawatankuasa Fatwa


(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada—

(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen yang terdahulu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu.

(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan yang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.