ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG BERKEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 51. Pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa


(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen yang terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan seksyen 49, kecuali subseksyen 49(6), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubah suaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertai dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.