ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 56. Pelantikan Ketua Hakim Syarie


(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika dia—

(3) Orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen yang terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.