ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003
BAHAGIAN VII - MASJID
Seksyen 98. Penubuhan masjid
(1) Majlis boleh pada bila-bila masa—
(
a
) membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid;
(
b
) membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid; atau
(
c
) menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain menjadi masjid.
(2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.
(3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
, menentukan atau meminda sempadan mana-mana kariah masjid.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.