ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 6. Jemaah tertakluk kepada kawalan Pendaftar


(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukan lagi seorang yang layak dan patut, maka dia hendaklah mengarahkan Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima arahan itu Jemaah hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.
[Pin. En. 2/02]

(2) Jika Jemaah tidak atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2), maka Pendaftar hendaklah memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan orang itu.
[Pin. En. 2/02]

(3) Selain daripada apa yang diperuntukkan dalam subseksyen (1), seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi anggota Jemaah jika dia—
[Mas. En. 2/02]

(3A) Apabila seseorang itu terhenti daripada menjadi anggota Jemaah mengikut subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mengarahkan Jemaah mengambil langkah yang perlu untuk menggantikan anggota itu.
[Mas. En. 2/02]

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam itu kepada anggota Jemaah yang tinggal.

(5) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat menjadi anggota Jemaah yang---
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan di bawah perenggan (b), didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.