ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 18. Mempengerusikan mesyuarat


(1) Pengerusi, atau dalam masa ketidakhadirannya Timbalan Pengerusi, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.