ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA YANG BERKEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 45. Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti


(1) Yang di-Pertuan Besar boleh, atas nasihat Menteri Besar, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti Negeri Sembilan.

(2) Yang di-Pertuan Besar boleh, atas nasihat Menteri Besar, selepas berunding dengan Mufti, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Timbalan Mufti bagi Negeri Sembilan.

(3) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Sembilan sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Sembilan dan hendaklah terus memegang jawatan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.