ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996


Seksyen 4A. Tugas Timbalan Pendaftar.


(1) Maka adalah menjadi tanggungjawab Timbalan Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi bahawa semua Sekolah Islam di daerahnya ditadbirkan dengan sepatutnya. (2) Timbalan Pendaftar hendaklah pada setiap masa memberitahu Pendaftar tentang hal ehwal semua Sekolah Islam di daerahnya. (3) Timbalan Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar yang mengandungi butir-butir mengenai semua Sekolah Islam di daerahnya yang didaftarkan di bawah Enakmen ini. (4) Timbalan Pendaftar boleh pada bila-bila masa memeriksa rekod-rekod kewangan Sekolah Islam di daerahnya.
[Mas. En. 2/02]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.