ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Seksyen 16. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga.
Tiadalah apa-apa jua, yang dilakukan dengan suci hati untuk faedah seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh atau seorang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaga orang itu, menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin menyebabkan, atau diniat oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkan, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan, kepada orang itu:
Dengan syarat-
(i) Bahawa kecualian ini tidak termasuk menyebabkan kematian dengan sengaja atau percubaan menyebabkan kematian;
(ii) Bahawa kecualian ini tidak termasuk melakukan sesuatu perkara, yang orang yang melakukannya ketahui mungkin menyebabkan kematian untuk apa jua tujuan melainkan bagi mengelakkan kematian atau cedera parah atau pun menyembuhkan apa-apa penyakit yang teruk atau kecacatan;
(iii) Bahawa kecualian ini tidak termasuk menyebabkan cedera parah dengan sengaja atau percubaan hendak menyebabkan cedera parah, melainkan bagi tujuan mengelakkan kematian atau cedera parah, atau pun menyebabkan apa-apa penyakit yang teruk atau kecacatan;
(iv) Bahawa kecualian ini tidak termasuk menyubahati sesuatu kesalahan di mana perbuatan pensubahatan kesalahan itu tidak termasuk dalam kecualian ini.
MISALAN
A
., dengan suci hati, untuk faedah anaknya, dengan tiada kerelaan anaknya telah mengadakan pembedahan atas anaknya oleh seorang doktor bedah untuk mengeluarkan batu karang, manakala mengetahui bahawa pembedahan itu mungkin menyebabkan kematian anaknya itu, tetapi tidak berniat menyebabkan kematian anaknya itu.
A
., adalah termasuk dalam kecualian ini oleh kerana tujuannya ialah hendak menyembuhkan penyakit anaknya itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.