ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 10. Kuasa untuk meminjam


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal. dan pegawai itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.