ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 32. Jawatankuasa tatatertib


(1) Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori yang berlainan pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmatnya.

(2) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Majlis, selain Pengerusi, atau pegawai Majlis, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu.

(3) Seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada seseorang pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.

(4) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5) Pada manjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau mana-mana kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 33.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.