ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA Pegawai Penguatkuasa DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
Bab VI



Seksyen 53. Maklumat.


(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan, jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa, hendaklah dituliskan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 3
A dalam Jadual yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah menyatakan dengan catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.