ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 13. Permohonan untuk pendaftaran


(1) Mana-mana orang atau badan yang hendak menubuhkan Sekolah Islam hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar suratcara cadangan yang disebut dalam subseksyen 5(1) dan hendaklah memohon untuk pendaftaran dalam borang yang ditetapkan seperti dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.
[Gan. En. 2/02]

(2) Setelah menerima permohonan itu, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

(2A) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pendaftar boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.
[Mas. En. 2/03]

(2B) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2A) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
[Mas. En. 2/03]

(3) Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan Sekolah Islam itu dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.

(4) Bagi tujuan seksyen ini fi seperti yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini hendaklah dikenakan untuk pendaftaran bagi setiap premis atau cawangan.
[Mas. En. 2/02]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.