ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 39. Penarikan balik surcaj


Walaupun apa pun seksyen 37 dan 38, Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Majlis hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.