ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 72. Mahkamah terbuka


(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh memerintahkan supaya keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana prosiding di hadapannya diadakan dalam mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perintah sedemikian adalah demi kepentingan keadilan atau kesopanan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.