ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 99. Penyenggaraan masjid dan kawasannya


(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud apa-apa pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitulmal.

(3) Tiada perubahan yang material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.