ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 170. Tangkap sebelum hukuman.


(1) Tiap-tiap permohonan tangkap sebelum hukuman hendaklah dibuat secara ex-parte dalam kamar dan keterangan untuk menyokongnya hendaklah dibuat melalui ikrar.

(2) Suatu perintah tangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dicatat dengan alamat penyampaian pihak menuntut.

(3) Perintah itu hendaklah diserahkan kepada belif bersama dengan salinan semua ikrar yang digunakan dalam permohonan itu, dan ikrar itu hendaklah diserahkan kepada pihak yang kena tuntut bersama dengan perintah.

(4) Sebelum penangkapan dibuat mengikut perintah yang dibuat di bawah seksyen ini, pihak menuntut hendaklah, kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya, mendeposit dengan belif satu jumlah wang yang berpatutan pada pendapat belif untuk membiayai perbelanjaan menahan si berhutang-hukuman dalam penjagaan sehingga kehadirannya di Mahkamah dan seksyen 216 dan 169 hendaklah dipakai dengan pindaan-pindaan perlu mengenai apa-apa jumlah wang yang telah didepositkan di bawah seksyen ini.

(5) Jaminan yang hendak diberikan oleh pihak kena tuntut boleh diberi melalui-

(6) Mana-mana penjamin yang dicadangkan boleh, jika pihak menuntut menghendaki, diperiksa untuk membuktikan kreditnya.

(7) Apabila jaminan telah diberi seperti yang diperintahkan Pendaftar hendaklah memberi satu perakuan kepada belif, dan pengemukaan perakuan itu hendaklah menjadi suatu kuasa yang cukup bagi melepaskan pihak kena tuntut dari tahanan.

(8) Wang yang dideposit itu, jika ada, dan jaminan dan semua pembicaraan mengenainya hendaklah tertakluk kepada perintah dan kawalan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.