ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 75. Tindakan bersaling


(1) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu, untuk dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada mana-mana orang yang berada atau dipercayai berada di dalam Negeri Sembilan, maka mana-mana Hakim Syarie boleh mengendorskan waran atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di dalam Negeri Sembilan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Jika Mahkamah Syariah di dalam Negeri Sembilan mengeluarkan waran yang memberi kuasa untuk menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu telah dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu, maka waran atau saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sah seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Negeri Sembilan.

(3) Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri Sembilan, maka Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya oleh suatu Mahkamah Syariah yang berwibawa di dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu boleh kemudiannya dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu ialah perintah atau penghakiman yang telah dikeluarkan dengan sah oleh Mahkamah Syariah di dalam Negeri Sembilan mengikut peruntukan Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.