ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003


Tajuk Panjang & Mukadimah

SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN DAN KEBENARAN
KAMI DAN UNDANG YANG EMPAT SERTA
TENGKU BESAR TAMPIN

(MOHOR KERAJAAN)
TUANKU JA’AFAR IBNI
ALMARHUM TUANKU
ABDUL RAHMAN
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan

28 Februari 2004


Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan baru tentang pentadbiran agama Islam, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
[ ]
DIKANUNKAN oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negeri seperti berikut:



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.