ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Majlis untuk menjalankan dan mempunyai kawalan ke atas, melaksanakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam menunaikan kewajipan-kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan perbadanan itu yang menetapkan—
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan dalam kewajipan, kuasa atau hak Majlis di bawah Enakmen ini.

(4) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah sekyen ini adalah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah perintah itu terkandung dalam Enakmen ini.

(5) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah seksyen ini.

(6) Majlis hendaklah menyimpan suatu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya dan daftar itu bersekali dengan salinan semua perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Majlis.

(7) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(8) Apabila mana-mana perbadanan terbubar di bawah seksyen ini, aset perbadanan itu, setelah dibayar liabiliti, hendaklah berpindah kepada dan terletak hak kepada Majlis.

(9) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Majlis.

(10) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.