ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 88. Rayuan


(1) Mana-mana orang boleh merayu kepada Majlis terhadap apa-apa tuntutan bayaran zakat atau fitrah yang dibuat ke atasnya.

(2) Majlis hendaklah menimbangkan rayuan itu dan boleh memerintahkan supaya orang itu membayar amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau apa-apa amaun yang kurang daripada itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki membayar zakat atau fitrah, atau mana-mana satu daripadanya dalam sesuatu tahun atau tahun-tahun tertentu.

(3) Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi di dalam mana-mana Mahkamah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.