ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 9. Kuasa untuk menubuhkan syarikat


(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan apa-apa aktiviti Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah syarikat itu telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah di bawah subseksyen 7(2).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.