ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 34. Lembaga Rayuan Tatatertib


(1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib boleh dirayukan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubung dengan rayuan itu.

(3) Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.