ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 23. Aturan urusan mesyuarat


(1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan mesyuarat.

(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan anggota-anggota Majlis untuk berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti berucap dalam mesyuarat.

(3) Jika atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.