ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 102. Tempoh jawatan Pegawai Masjid


(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid, selain Imam dan Bilal bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 100(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 100(3) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah memaklumkan Majlis tentang kelakuan mana-mana Pegawai Masjid yang mencemarkan namanya, sama ada yang berhubungan dengan kewajipan-kewajipannya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya dan membuat apa-apa syor yang munasabah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.