ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN



Seksyen 17. Kehadiran bukan anggota pada mesyuarat Majlis


(1) Jika seseorang anggota atas nama jawatan di bawah perenggan 11(1)(c) atau seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen 11(4) tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis, anggota itu boleh diwakili oleh mana-mana pegawai beragama Islam di Jabatan atau Bahagian yang sama dengannya pada mesyuarat itu.

(2) Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan kehadiran orang itu dikehendaki.

(3) Seseorang yang menghadiri sesuatu mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau (2) berhak mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.