BAHAGIAN IV - KESALAHAN Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam
Huraian 1-Suatu penyiasatan yang diarah oleh undang-undang sebagai permulaan bagi prosiding di hadapan Mahkamah ialah suatu peringkat dalam prosiding kehakiman, walaupun penyiasatan itu tidak berlaku di hadapan Mahkamah. Huraian 2-Suatu penyiasatan yang diarah oleh Mahkamah menurut undang-undang, dan yang dijalankan di bawah kuasa Mahkamah, ialah suatu peringkat dalam prosiding kehakiman, walaupun penyiasatan itu tidak berlaku di hadapan Mahkamah.