ENAKMEN 10 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003


JADUAL KEDUA

[Subseksyen 8(10)]

1. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8—



2. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu peranti sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini suatu cap yang mengandungi nama perbadanan itu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.

(3) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subperenggan (2), hendaklah berada dalam jagaan orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa dimeterai dengan meterai tersebut, dan yang disahkan seperti yang disebut terdahulu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4) Apa-apa dokumen atau surat cara, yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dibuat di bawah meterai, boleh disempurnakan oleh perbadanan dengan cara yang sama.

(5) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Diluluskan dalam Dewan Negeri yang bersidang pada 11 November 2003.

YAAKOP BIN RANTAU
Setiausaha
Dewan Undangan Negeri
Negeri Sembilan


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.