ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 50. Permohonan untuk kebenaran merayu.


(1) Sesuatu permohonan untuk merayu atau permohonan untuk kebenaran merayu di bawah subseksyen (1) (c) seksyen 49 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut cara yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh hukuman, perintah atau keputusan yang berhubung dengannya permohonan itu dibuat.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah semasa mendengar mana-mana permohonan untuk merayu atau untuk kebenaran merayu boleh atas alasan yang tertentu melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah tamat.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.