ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli kariah” ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 81;

“Enakmen terdahulu” ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor, 1989 [Enakmen No.2 tahun 1989] atau Bahagian IV dan X Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam, 1952 [Enakmen No.3 tahun 1952], mengikut mana yang berkenaan;

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim MahkamahTinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 58(1) atau 59(1);

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 57(1);

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali;

“Jawatankuasa Kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid” ertinya Jawatankuasa Kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid yang ditubuhkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 104;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 46;

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia;

“kariah masjid”, berhubung dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang di dalamnya masjid itu terletak;

“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah subseksyen 56(1);

“Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama” dan “Pegawai Penguatkuasa Agama” ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 79;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1);

“Mahkamah Syariah” atau “Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2);

“Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(3);

“Mahkamah Sivil” ertinya mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);

“Majlis terdahulu” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

“masjid” ertinya suatu bangunan—
dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu;

“muallaf” ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 107;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Selangor di bawah seksyen 44 dan termasuklah Timbalan Mufti;

“nazr” ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

“nazr am” ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan tidak bagi orang atau orang-orang perseorangan;

“Negeri” termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;
“orang Islam” ertinya—

“Pegawai Masjid” ertinya Nazir, Imam, Bilal dan Siak atau apa-apa nama, stail atau gelaran tertentu sebagaimana yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Majlis berhubung dengan pengurusan sesuatu masjid;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 80;

“Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(3);

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah subseksyen 11(1);

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang tersebut dalam seksyen 16;

“wakaf” ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat umum menurut Hukum Syarak;

“wakaf khas” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat khusus menurut Hukum Syarak.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai masing-masing erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.