ENAKMEN 4
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN VII - INTERPLIDER
Seksyen 60. Kuasa Mahkamah yang mendengar saman
(1) Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut “pihak-pihak menuntut” dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—
(a)
supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau
(b)
supaya suatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana di antara pihak-pihak menuntut itu hendak dijadikan plaintif dan yang mana hendak dijadikan defendan.
(2) Jika—
(a)
pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini seorang bailif;
(b)
semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana di antara mereka meminta sedemikian; atau
(c)
soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut adalah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan,
maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkan adil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.