ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 40. Permintaan untuk pendapat oleh mana-mana mahkamah.


Walau apapun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidak boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Hukum Syarak di dalam mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah lain daripada Mahkamah Syariah sesuatu persoalan Hukum Syarak patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta Mufti memberi pendapat mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh memberi pendapatnya kepada mahkamah itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.