ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 41. Perkara-perkara yang tidak diperuntukkan.


Mengenai perkara amalan dan acara dalam pembicaraan sivil dan jenayah yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya atau Undang-undang mengenai acara sivil Syariah dan acara jenayah Syariah, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam 1991 atau undang-undang mengenai keluarga Islam atau mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Perlis, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara Mahkamah sivil yang berkuat kuasa pada masa ini yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.