ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"anak qaryah" ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam sesuatu mukim masjid;

"Enakmen terdahulu" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 [
En. Tr. 12/86];

"empat Mazhab" ertinya Mazhab Syafii, Hanafi, Maliki dan Hambali;

"fitrah" ertinya suatu sukatan beras atau lain-lain makanan asas yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa, ataupun harganya, yang kena dibayar menurut Hukum Syarak pada tiap-tiap tahun oleh seseorang Islam untuk digunakan menurut sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

"Gantang Baghdad" ertinya So' Madani atau So' Nabawi seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Fekah yang muktabar;

"Jawatankuasa Masjid" ertinya jawatankuasa masjid yang ditubuhkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 89;

"Jawatankuasa Fatwa" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 48;

"Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah" dan "Pegawai Penguatkuasa Syariah" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah subseksyen 56 (1) dan seksyen 56 (1A);
[Pin. En. 1/03]

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 55 (1);

"Kumpulan Wang Majlis" ertinya Kumpulan Wang Majlis yang ditubuhkan di bawah subseksyen 58 (1);

"Mahkamah Syariah" atau "Mahkamah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 [
En. Tr.];

"Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1);

"Majlis terdahulu" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu;

"Masjid" ertinya sesuatu bangunan-


dan termasuk mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu;

"muallaf" ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen 91;

"Mufti" ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Negeri Terengganu di bawah seksyen 46, dan termasuklah Timbalan Mufti;

"mukim masjid" berhubung dengan sesuatu masjid di dalamnya masjid itu terletak;

"nazar" ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

"nazar am" suatu nazar yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan tidak bagi orang atau orang-orang perseorangan;

"Negeri" ertinya mana-mana negeri di Malaysia, dan termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan;

"Pegawai Masjid" ertinya Imam Besar, Imam dan Bilal bagi sesuatu masjid;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 57;

"Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 55 (3);

"Pesuruhjaya" ertinya Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang dilantik di bawah seksyen 5;


"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5;

"wakaf" ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [
Akta 208];

"wakaf am" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat umum menurut Hukum Syarak;

"wakaf khas" ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan khairat khusus menurut Hukum Syarak;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis yang tersebut dalam subseksyen 8 (1);

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [
Akta 388] hendaklah mempunyai masing-masing erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian ini setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.