ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 99. Penyenggaraan masjid dan kawasannya.


(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Selangor berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitulmal.

(3) Pegawai Masjid hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(4) Tiada perubahan yang material struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(5) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Pegawai Masjid, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.