ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 57. Mohor Mahkamah Syariah.


(1) Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai dan menggunakan mohor atau cap yang diluluskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Segala dokumen yang dikeluarkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah hendaklah dicap dengan mohor atau cap Mahkamah Syariah itu dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai berkenaan yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen 46.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.