ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991


Seksyen 27A. Judi.


(1) Mana-mana orang yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah bersalah atas suatu kesalahan dan bolehlah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1)—

"tempat perjudian" ertinya mana-mana premis yang terbuka atau tertutup, dan termasuk bilik, pejabat atau gerai, yang digunakan atau diselenggarakan untuk perjudian, tidak kira sama ada orang awam atau segolongan orang awam mempunyai akses kepadanya atau tidak.
[Mas. En. Ps. A11]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.