ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 26. Anggapan.


Jika mana-mana orang gaji kepada seseorang telah menjual apa-apa benda berlawanan dengan seksyen 24 atau 25, maka majikannya itu hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan itu dan telah menyebabkan kesalahan itu berlaku oleh kerana persubahatan itu melainkan dia membuktikan bahawa yang telah dilakukan oleh orang gaji itu bukan dengan kebenarannya, pengetahuannya, atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.