ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - PENDAKWAAN
Seksyen 184. Menggunakan khidmat Peguam Syarie.
(1) Dengan kelulusan Kerajaan, seorang Peguam Syarie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan apa-apa pendakwaan, atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie.
(2) Peguam Syarie yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar daripada wang awam apa-apa saraan sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan, dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu Peguam Syarie itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.