ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 36. Mahkamah hendaklah terbuka.


(1) Tertakluk kepada seksyen-kecil (2), tiap-tiap pembicaraan atau pendengaran di Mahkamah hendaklah terbuka kepada orang awam.

(2) Mahkamah boleh jika berpuas hati bahawa adalah mustahak bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian, memerintah supaya seluruh pembicaraan atau sebahagian daripadanya diadakan di dalam Mahkamah tertutup.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.