ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 175. Menghasut jangan membuat Ibadat.


(1) Sesiapa menghasut, menghalang atau memujuk mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri Masjid atau menghadiri kelas ugama Islam adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]

(2) Sesiapa dengan apa cara jua pun meghasut, menghalang atau memujuk mana-mana orang Islam daripada membayar Zakat dan Fitrah adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.