ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 71. Perletakan hak.


(1) Semua harta yang pada mula berkuatkuasa Enakmen ini adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 70 hendaklah, jika terletak dalam Negeri Pahang, terletak hak pada Majlis.

(2) Harta tak alih yang terletak hak menurut subseksyen (1) boleh direkodkan atau didaftarkan atas nama Majlis setelah dibuktikan dengan memuaskan hati Pentadbir Tanah Daerah bahawa harta tak alih itu adalah sedemikian terletak hak dan Pentadbir Tanah Daerah boleh, tertakluk kepada pengesahan dan pengakuannya, menerima sebagai keterangan senarai harta tak alih yang terletak hak sedemikian itu yang dikemukakan oleh Yang Dipertua.

(3) Semua tanah yang selepas mula berkuatkuasa Enakmen ini menjadi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 70 boleh direkodkan dan didaftarkan atas nama Majlis setelah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah memorandum pindah milik yang disempurnakan oleh pihak-pihak yang berkenaan atau setelah difailkan dengan Pentadbir Tanah Daerah perintah Mahkamah Tinggi Syariah atau mahkamah sivil atau Pentadbir Tanah Daerah dalam guaman probet, pentadbiran atau pembahagian.

(4) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk meletak hak padanya bagi tujuan yang sama mana-mana harta sedemikan yang terletak di luar Negeri Pahang.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.